Pihak keluarga Firman Candra Siregar, salah penumpang pesawat MH370, hingga kini masih belum boleh menerima kenyataan dari Kerajaan Malaysia bahawa pesawat tersebut telah berakhir di Lautan Hindi.
Alasan mereka untuk tidak mempercayai kenyataan dari Kerajaan Malaysia itu ialah kakak kepada seorang penumpang yang berasal dari Indonesia mendakwa menerima ‘Missed call’ dari adiknya yang menaiki pesawat malang itu selepas ianya hilang pada 8 Mac 2014 lalu.
Firman (tengah, gambar bawah) adalah salah seorang dari tujuh warga Indonesia yang berada dalam penerbangan itu, selain Firman, Ferry Indra Suadaya, Herry Indra Suadaya, Indra Suria Tanurisam, Willy Surijanto Wang, Lo Sugianto dan Chynthia Vinny turut menaikin MH370 itu.
Kakak kandung Firman, January Siregar, mendakwa pihak keluarganya masih mendapat panggilan melalui saluran Skype dari iPad milik Firman.
“Saya lihat ada missed call pada tanggal 11 dan tanggal 13 Maret, dari iPad yang dipegang firman,” kata January.
Perkara ini meyakinkan pihak keluarga penumpang dari Indonesia itu bahawa Firman dan lain-lain penumpang masih selamat.
Apatah lagi, hingga ke saat ini hanya imej-imej dari Satelit yang menunjukkan beberapa objek yang dipercayai sebagai milik MH370 masih tidak dapat disahkan milik pesawat malang itu tiada objek fizikal yang menjadi bukti.
January yang juga Ketua Persatuan Marga Siregar Kota Medan mengatakan, maklumat ini sudah dinyatakan kepada pihak Kerajaan Malaysia dan Malaysia Airlines (MAS).
Rentetan dari itu, kata January, pihak keluarga Firman dan keluarga penumpang yang berasal dari Indonesia telah mengirimkan petisyen agar Malaysia dan MAS memberikan maklumat yang tepat dan telus.
“Kami juga berharap agar pemerintah Malaysia tidak menghentikan proses pencarian hingga pesawat MH370 ditemukan,” kata January.
Operasi mencari masih berterusan hingga ke hari ini, namun tergendala kerana faktor cuaca.
Mereka kini mengejar masa, kerana menurut jangkaan pihak Biro Meteorologi Australia, cuaca hari ini akan bertambah buruk.
0 comments:
Post a Comment