Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, March 29, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Senator Datuk Boon Som Inong mencadangkan sambutan Tahun Baharu masyarakat Siam atau Hari Songkran di peringkat negeri dan kebangsaan dibatalkan sebagai menghormati tragedi yang menimpa Malaysia Airlines MH370.

Sebaliknya, Boon, yang juga wakil komuniti berketurunan Siam di Malaysia menyarankan masyarakat Siam di negara ini menyambut kedatangan hari tersebut secara sederhana sebagai tanda simpati terhadap 239 penumpang dan anak kapal penerbangan itu.

Tahun Baharu Masyarakat Siam atau Hari Songkran biasanya disambut selama sebulan bermula 13 April atau pada Rem 1 kham dean 5 (mengikut kalendar Thai) setiap tahun dengan mengadakan pelbagai acara meriah.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Boon berkata masyarakat Siam di seluruh negara turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga penumpang dan anak kapal itu serta berharap mereka akan sentiasa tabah dalam menghadapi dugaan ini.

Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu, hilang daripada skrin radar, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin lepas mengumumkan bahawa penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. – Bernama

0 comments:

Post a Comment