Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, March 4, 2014

No Comment

KABUL – Presiden Afghanistan, Hamid Karzai menyuarakan kemarahannya kepada pentadbiran Amerika Syarikat (AS) berhubung peranan Washington di tanah airnya.

Kemarahan itu dibuat ketika Karzai akan melepaskan jawatannya selepas pilihan raya Presiden diadakan di negaranya pada 5 April depan.

Presiden Afghanistan itu membidas AS dalam wawancaranya dengan akhbar Washington Post.

Akhbar tersebut menyiarkan wawancara itu kelmarin.

“Penduduk Afghanistan mati dalam peperangan yang bukan disebabkan oleh warga kami,” katanya.

Menurutnya, beliau berasa pasti bahawa peperangan di Afghanistan yang berlanjutan selama 12 tahun itu dilancarkan AS untuk keselamatan Washington dan kepentingan Barat.

Peperangan AS di Afghanistan bermula selepas serangan pengganas di New York pada 11 September 2001.

Karzai enggan menandatangani satu perjanjian keselamatan dengan Washington.

Perjanjian itu akan membolehkan askar-askar asing kekal berada di Afghanistan pada tahun 2015.

Keengganan Karzai itu menyebabkan Presiden Barack Obama mengarahkan Jabatan Pertahanan di negaranya untuk melakukan persediaan supaya askar-askar AS meninggalkan Afghanistan selepas tahun 2014. – Agensi

0 comments:

Post a Comment