Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, March 4, 2014

No Comment

KIEV – Kerajaan Ukraine semalam menuduh Rusia menambahkan bilangan askar dan pesawat perang di Semenanjung Crimea.

Semenanjung Crimea yang merupakan wilayah Ukraine diceroboh Rusia sejak minggu lalu ekoran konflik politik yang berlaku di negara ini.

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov menyatakan, askar-askar tersebut diperlukan di semenanjung tersebut sehingga kestabilan wujud di Ukraine.

Crimea merupakan semenanjung yang berada di lokasi strategik di Laut Hitam.

Ia mempunyai jumlah penduduk Rusia yang ramai walaupun berada di dalam wilayah Ukraine.

Presiden Rusia, Vladimir Putin diberikan kebenaran oleh anggota-anggota Parlimen di negaranya pada Sabtu lalu untuk menceroboh Crimea.

Ekoran pencerobohan itu, Setiausaha Luar Britain, William Hague memberi amaran kepada Rusia akibat yang bakal dihadapinya ekoran pencerobohan tersebut.

Beberapa buah negara kaya turut mengancam untuk menggugurkan keanggotaan Rusia dalam Kumpulan Lapan ekoran tindakan Putin tersebut.

Menteri Luar Jerman, Frank-Walter Steinmeier menyatakan, situasi di Ukraine bertambah buruk pada setiap hari.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah menghubungi Putin dan berbual dengannya pada Sabtu lalu bagi memberitahunya tentang padah yang perlu diterimanya jika Rusia masih kekal di dalam wilayah Ukraine tersebut.

Konflik di Ukraine dengan Rusia berlaku selepas anggota-anggota Parlimen memilih Oleksandr Turchynov sebagai Presiden sementara bagi menggantikan Viktor Yanukovych yang melarikan diri dari Kiev pada bulan lalu.

Yanukovych melarikan diri selepas beliau menandatangani satu perjanjian damai tajaan Barat bagi meredakan situasi politik selepas hampir 100 orang mati akibat pertempuran antara anggota-anggota polis dengan penunjuk perasaan.

Para penunjuk perasaan itu menuntut Yanukovych meletakkan jawatan selepas beliau enggan menandatangani satu perjanjian perdagangan dengan Kesatuan Eropah.

Jika perjanjian itu ditandatangani, barangan Ukraine akan menembusi pasaran di Eropah.

Namun, Rusia kemudian tidak mengiktiraf Turchnov sebagai Presiden sementara.

Sebaliknya, Rusia masih mengiktiraf Yanukovych sebagai Presiden Ukraine kerana beliau mempunyai hubungan amat rapat dengan Moscow. – Agensi

0 comments:

Post a Comment