Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 24, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Kerajaan tetap bertegas untuk tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang dikeluarkan Malaysian Independent Chinese Secondary School (MICSS) kerana pelaksanaan peperiksaan itu tidak mengikut sistem pendidikan kebangsaan.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata selain itu standard UEC juga tidak sama dengan standard kebangsaan dan sukatan pelajaran tidak setaraf Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.

“Kita mempunyai lembaga peperiksaan sendiri di bawah Akta Pendidikan 1996, tetapi UEC tidak selaras dengan akta itu. Jadi, kerajaan tidak boleh mengiktiraf.

“Saya konsisten dengan jawapan di Parlimen,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Katanya kawalan piawaian peperiksaan UEC juga berbeza dengan piawaian peperiksaan kebangsaan dan tidak dikawal Kementerian Pendidikan.

Idris berkata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat penegasan bahawa pendirian kerajaan tetap sama dalam soal pengiktirafan UEC pada Ogos lalu.

Berhubung isu ranking universiti tempatan, beliau berkata Malaysia tidak sekadar melihat kepada satu kaedah ranking terutamanya yang dikeluarkan QS World University Rankings.

“Berdasarkan sistem itu, 50 peratusnya berdasarkan kepada persepsi. Kita tidak kata kita tolak ranking sepenuhnya. Banyak universiti-universiti luar pun tidak menekankan kepada kedudukan sesebuah universiti tetapi menekankan kepada kedudukan bidang-bidang pengajian.

“Untuk itu, menerusi QS World University Ranking by Subject (mengikut bidang), Universiti Sains Malaysia (USM) berada di kedudukan ke-38 bagi bidang kejuruteraan kimia dan ke-30 (sains alam sekitar).

“Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula mencatat kecemerlangan apabila berada di tangga ke-19 terbaik dunia bagi universiti berusia 50 tahun ke bawah,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment