Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 24, 2014

No Comment

JOHOR BAHARU — Polis Diraja Malaysia akan mewujudkan sistem kepolisan moden bermula di Johor dalam usaha memerangi jenayah dan meningkatkan keyakinan rakyat serta pelabur terhadap negara.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ini juga selaras dengan usaha kerajaan dalam mencapai status negara maju menjelang 2020.

Beliau berkata antara tiga aspek yang ditekankan termasuk menambah jumlah personel mengikut nisbah yang telah ditentukan mengikut piawaian antarabangsa, mewujudkan peralatan moden dalam sistem pemantauan polis dan juga menambah dan memperbaharui aset-aset yang dimiliki polis termasuk pondok polis, balai polis, ibu pejabat polis daerah dan ibu pejabat polis kontinjen.

“Kita sudah mulakan program ini di Wilayah Iskandar memandangkan jumlah pelaburan yang tinggi di sana. Kita rasa bertanggungjawab bagi memastikan tahap keselamatan di seluruh negara tidak boleh dikompromi. Kita juga hendak lihat kebolehpercayaan pelabur dan pelancong dapat dipertingkatkan,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid mendengar taklimat keselamatan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam di sini.

Turut hadir Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff.

Ahmad Zahid berkata meskipun jumlah indeks jenayah di Johor berada dalam penurunan sejak 2012, ia tidak cukup memandangkan rakyat mahukan tahap keselamatan itu dapat dirasai.

Beliau berkata antara rancangan termasuk memasang peralatan canggih yang boleh dipasangkan termasuk kamera litar tertutup (CCTV) definisi tinggi bagi menguatkan lagi sistem pemantauan.

Ahmad Zahid berkata proses mengintegrasi sistem sedia ada iaitu sistem analog kepada sistem digital akan turut dilakukan secara berperingkat sebagai antara usaha dalam memodenkan sistem kepolisan negara.

Bagaimanapun, usaha akan dipergiat lebih kepada kawasan-kawasan panas, kata beliau.– BERNAMA

0 comments:

Post a Comment