Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 24, 2014

No Comment

GEORGE TOWN – Sebuah Proton Saga hangus terbakar selepas pemandunya seorang warga asing merempuh tiang elektrik di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini Ahad malam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt Ismail Idris berkata dalam kejadian pukul 11.30 malam itu, pemandu tersebut dan rakan wanitanya menghilangkan diri sejurus kejadian itu.

“Kita masih menyiasat motif mereka melarikan diri dan status kenderaan itu,” katanya ketika dihubungi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak berkata lebih 80 peratus bahagian kereta itu didapati musnah dijilat api ketika pasukan bomba tiba pada pukul 11.37 malam.

Beliau berkata enam anggota serta sebuah jentera berjaya mengawal api dalam masa 10 minit.

Punca kebakaran masih disiasat. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment