Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, March 25, 2014

No Comment

CHICAGO, Amerika Syarikat – Sebuah komuter merempuh platform dan eskalator di stesen tren bawah tanah di sini semalam, kata beberapa pegawai.

Seramai 32 orang cedera dalam kejadian yang berlaku di stesen tren tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa O’Hare.

Punca kejadian masih disiasat Pihak Berkuasa Transit Chicago, Jabatan Bomba dan polis.

Tren itu dipercayai bergerak dengan laju semasa ia merempuh platform dan eskalator.

Bilangan penumpang yang menaiki tren dalam kejadian yang berlaku pada pukul 2.50 pagi waktu tempatan itu masih belum diketahui. – AP

0 comments:

Post a Comment