Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, March 19, 2014

No Comment

Susulan kejadian enam pengunjung maut kerana pengambilan dadah di konsert yang berlangsung di Bukit Jalil minggu lepas, sebuah lagi konsert ‘happening’ iaitu konsert Life In Color yang dirancang pada 19 April depan dibatalkan.

Lihat sajalah gambar-gambar yang disediakan penganjur di laman Facebook rasmi mereka bagi menggambarkan keadaan konsert ini sekiranya ia berlangsung kelak!





Bagaimanapun, konsert Life In Color yang diuar-uarkan sebagai “World’s Largest Paint PARTY Malaysia” diumumkan batal oleh penganjurnya pada hari ini sebagai menghormati tragedi di Konsert Future Music tersebut.


Penganjur memberi jaminan pembeli tiket akan diberikan pulangan wang penuh bagi tiket yang telah dibeli mereka.

Tindakan ini dilihat sesuai sebagai pengajaran dan menghormati sensitiviti masyarakat apatah lagi dalam keadaan seluruh negara dan dunia masih berada dalam kebimbangan terhadap nasib pesawat MH370.

Apatah lagi, banyak pihak turut meluahkan perasaan terkejut dan marah apabila baru ‘tersedar’ ada konsert berlangsung di Malaysia dalam keadaan yang tidak sesuai seperti sekarang.

Antaranya, para Imam Muda Malaysia yang beranggapan penganjuran konsert sebegini bukan sahaja tidak sesuai dengan keadaan sekarang malah menyalahi hukum agama, adat dan budaya.

0 comments:

Post a Comment