Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, March 19, 2014

No Comment

SHAH ALAM – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 di koridor selatan, terutamanya sekitar Lautan Hindi memerlukan peralatan sonar yang boleh melangkaui kedalaman 3.5km.

Timbalan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Pertahanan Malaysia, Prof Madya Kapten (B) Zulkifly Mat Radzi berkata, ini kerana sistem sonar sedia ada, tidak dapat mencapai kedalaman 3.5 km.

“Kita perlukan sonar yang melangkaui jarak lebih jauh, supaya dapat mengesan apa yang berada di dasar. Kalau terlalu dalam, peralatan sonar tidak dapat menjangkaui 3.5 di dasar laut. Begitu juga dengan imej daripada satelit juga tidak dapat tembusi .

“Dengan aset yang ada, kedalaman itu tidak dapat dicapai. Sedangkan kedalaman Lautan Hindi menjangkau 3.5km, katanya pada wawancara bersama RTM, semalam.

Menurut beliau, penggunaan radar hanya terhad di atas permukaan laut, bukan di dalam laut.

“Memang semua negara membuat pengesanan di atas air, semua negara ada radar.

“Tetapi untuk mengesan sesuatu objek di dalam air, ia dipanggil sonar. Ada sonar boil, dijatuhkan dari pesawat mengikut kedalaman yg dikehendaki. Banyak negara ada teknologi ini seperti Amerika Syarikat dan Australia,” katanya.

Bagaimanapun, Zulkifly berkata, usaha SAR di Lautan Hindi berkemungkinan mengalami kesukaran kerana lokasinya yang luas.

“Jika ada lokasi tertentu, lebih memudahkan usaha pencarian. Jika tidak mungkin akan memakan masa, sekurang-kurangnya dua minggu,” katanya.

Mengulas usaha mencari dan menyelamat di Lautan Hindi berkemungkinan mengalami kesukaran kerana halangan persempadanan, Zulkifly berkata, perkara itu tidak menjadi masalah.

“Ini kerana Lautan Hindi merupakan perairan antarabangsa. Tiada masalah laluan itu, dan semua negara mempunyai hak,” katanya. - Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment