Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 6, 2014

No Comment

MELAKA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,  Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas 645,570 liter diesel dan petrol bernilai RM1.62 juta dalam Operasi Diesel 1 Selatan (OD1S) di tiga  buah negeri iaitu Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor sejak semalam.

Timbalan Pengarah (Pembangunan) KPDNKK Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata pihaknya turut merampas sebuah kapal pengangkut minyak, lima lori tangki, enam lori satu tan dan 25 tangki penyimpanan yang digunakan dalam aktiviti penyelewengan bahan api bersubsidi itu.

Kesemua aset yang dirampas termasuk bahan api bernilai hampir RM3 juta dan  Melaka mencatatkan nilai rampasan tertinggi iaitu RM2 juta sementara Selangor RM500,000 dan Negeri Sembilan RM250,000, katanya kepada pemberita dalam sidang media di Taman Perindustrian Cheng di sini hari ini.

Beliau berkata operasi khas itu dijalankan selepas unit risik KPDNKK  bersama Pasukan Petugas Khas, Jabatan Peguam Negara mendapat aduan awam dan mengintip selama empat bulan sejak Oktober lepas berhubung aktiviti  penyelewengan dan penjualan diesel bersubsidi kepada pihak industri.

Iskandar berkata modus operandi sindiket itu ialah dengan membeli diesel secara sedikit di stesen minyak di tiga buah negeri itu dan  mengumpulkannya di satu tempat pengumpulan di Taman Perindustrian Cheng, di sini sebelum dihantar ke tempat-tempat atau kawasan perindustrian yang memerlukan diesel.

Beliau berkata diesel berkenaan disyaki dijual dengan harga RM2.50 seliter berbanding harga RM2.77 tanpa subsidi dan bahan api itu turut dijual ke negara-negara jiran.

Katanya sebanyak 173 akaun individu dan syarikat turut dibekukan melibatkan RM12 juta bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Cukai Pendapatan 1967.

“Operasi ini turut dibantu sembilan jabatan/agensi kerajaan lain  termasuk  Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, Bank Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Jabatan Audit Negara dan Jabatan Imigresen,” jelas beliau. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment