Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 6, 2014

No Comment

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said meminta pengurusan masjid di negeri ini melengkapi masjid dengan alat keselamatan bagi mencegah perbuatan khianat atau kecurian.

Beliau berkata pengurusan masjid boleh menggunakan wang tabung masjid untuk tujuan itu.

Katanya ada masjid mempunyai tabungan dalam akaun RM50,000 hingga RM60,000 tetapi tidak memanfaatkannya untuk meningkatkan keselesaan dan aspek keselamatan.

“Kalau duit dah ada itu belilah kamera litar tertutup (CCTV), carilah kunci jenis lebih bagus…pasang alat keselamatan seperti pintu jeriji.

“Kadang-kadang nak (beli) kipas atau carpet (permaidani) koyak, sistem pembesar suara rosak pun sampai minta dengan wakil rakyat,” katanya di sini Khamis.

Beliau berkata wang tabung masjid perlu dioptimumkan termasuk bagi aspek keselamatan di perkarangan dan dalam masjid selain menjalankan pelbagai program untuk mengimarahkan masjid.

Selasa lepas, masjid di Kampung Limbongan di Besut dicerobohi pihak tidak bertanggungjawab yang merosakkan beratus-ratus naskhah Al-Quran dan kitab termasuk beberapa naskhah al-Quran dibuang ke dalam mangkuk tandas. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment