Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 17, 2014

No Comment

KOTA BHARU – Sebanyak 12,327 belia di Kelantan telah berdaftar sebagai Anggota Parlimen Belia Malaysia (APBM), kata Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan Datuk Makhtar Mustapha.

Beliau berkata, jumlah itu melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu sebanyak 11,123 belia dan ia adalah satu perkembangan yang baik.

“Pendaftaran untuk menyertai APBM telahpun ditutup dan kita ambil yang aktif”, kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara di sini, semalam.

Sementara itu beliau berkata pihaknya juga akan mempertimbangkan supaya pusat rekreasi di Gua Musang diwujudkan dengan segera kerana kemudahan seperti pusat belia, kompleks sukan, kompleks rakan muda yang kebanyakannya berada di Kota Bharu, tiada di daerah selatan Kelantan itu.

Makhtar berkata pihaknya juga akan mewujudkan bazar belia untuk golongan ini menceburi bidang perniagaan selain mengurangkan masalah sosial di kalangan belia di negeri ini.

“Kita nak belia kita menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Kita tahu rakyat Kelantan ini merupakan orang yang berpengalaman dalam perniagaan. Kita harap belia-belia kita dapat peluang itu,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment