Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, March 18, 2014

No Comment

Kangar – “Kejadian berlaku dengan pantas dan saya hanya ternampak dia berlari sejurus dikejar seorang lelaki sebelum terjatuh akibat libasan parang di belakang badan dan kepalanya,” kata Tan Ong An, 17, selepas rakannya cedera parah akibat dilibas dengan parang, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam, Ong An bersama mangsa Cheng Chin Shin, 32, berada di hadapan sebuah kedai telefon bimbit di Jalan Raja Syed Alwi, di sini.

Ong An berkata, kedua-duanya yang bekerja di sebuah kedai aksesori kereta berdekatan pada mulanya tidak mengesyaki apa-apa apabila dua lelaki menaiki sebuah motosikal menuju ke arah mereka.

“Tidak lama selepas itu, seorang lelaki turun dari motosikal membawa sebilah parang panjang sebelum menuju ke arah Chin Shin. Kejadian berlaku dengan pantas dan saya hanya sempat melihat rakan melarikan diri apabila suspek mengejarnya.

“Saya melihat rakan rebah selepas dilibas parang di belakang badan dan kepala sebelum suspek melarikan diri menaiki sebuah motosikal Honda Wave,” katanya di sini, semalam. – myMetro Online

0 comments:

Post a Comment