Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, March 8, 2014

No Comment

KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata syarikat penerbangan itu telah mula menghubungi keluarga penumpang dan anak kapal untuk memastikan mereka sentiasa mendapat perkembangan terkini.

“Kami amat kesal apabila penerbangan MH370 yang berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 awal pagi ke Beijing terputus hubungan.

“Penumpang dalam pesawat itu terdiri daripada 13 warganegara berbeza dan kami telah mula menghubungi keluarga mereka,” katanya.

Ahmad Jauhari berkata MAS sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat mereka untuk mencari pesawat.

“Tumpuan syarikat penerbangan adalah untuk bekerjasama dengan pasukan kecemasan dan pihak berkuasa dan mendapatkan sokongan penuh dan syarikat penerbangan akan menyediakan kemas kini yang teratur tentang keadaan yang berlaku.

“kami sentiasa mendoakan yang terbaik terhadap semua penumpang yang terjejas dan anak-anak kapal dan ahli keluarga mereka,” katanya.

Orang ramai boleh menghubungi +603 7884 1234.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi +603 8777 5698 / +603 8787 1276. – mStar

0 comments:

Post a Comment