Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, March 18, 2014

No Comment


Malang – Mayat yang dipercaya penyelam Jepun yang hilang bersama-sama enam lagi di Bali sebulan lalu ditemui jauh dari tempat beliau hilang, kata polis Indonesia semalam.

Mayat Shoko Takahashi ditemui hujung minggu lalu di pulau Sempu, wilayah Jawa Timur, kira-kira 400 kilometer dari tempat kumpulan penyelam itu hilang.

Lima penyelam diselamatkan

Lima daripada penyelam wanita Jepun dalam kumpulan itu diselamatkan beberapa hari selepas mereka hilang pada 14 Februari lalu manakala mayat keenam dihanyutkan.

Mayat yang ditemui hujung minggu lalu sukar dikenali – kepalanya hilang – tetapi suami Takahashi yang berasal dari Bali percaya itu ialah isterinya kerana pakaian yang dipakai di dalam pakaian selam, kata polis.

“Mayat ditemui Sabtu lalu di pantai pulau Sempu di daerah Malang. Suaminya, yang tiba di hospital tengah malam kelmarin, berkata beliau 98 peratus yakin itu ialah mayat isterinya,” kata Ketua Polis Marin Malang, Slamet Prayitno.

Mayat berkenaan diterbangkan ke hospital di Bali lewat kelmarin.

Takahashi dan suaminya mengendalikan Yellow Scuba yang membawa penyelam dalam ekspedisi itu.

Kapten bot yang membawa mereka ditahan dan berdepan dakwaan ‘cuai yang menyebabkan kehilangan nyawa’ selepas meninggalkan penyelam bersendirian di laut terbuka dalam kejadian itu. – AFP

0 comments:

Post a Comment