Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, March 14, 2014

No Comment

BEIJING – Keluarga penumpang pesawat MH370 di China terus menanti perkembangan usaha mencari dan menyelamat dengan rasa kecewa.

Walaupun belum putus harapan agar semua penumpang selamat, mereka berdepan tekanan kerana terlalu lewat menerima maklumat.

Beberapa ahli keluarga yang ditemui jelas tidak dapat menahan rasa sedih bercampur marah dengan apa yang berlaku.

“Saya tidak tahu apa lagi yang lebih penting daripada nyawa lebih 200 penumpang yang hilang. saya mahu bertanya puan Xi, jika suami kamu, Presiden Xi Jinping berada di dalam pesawat, apa yang akan anda lakukan?

“Jika ada ibu bapa, apa yang akan anda lakukan? Begitu juga jika ada anak kamu. Kami sudah tidak sabar. Anak saya bertanya di mana bapanya setiap hari. Apa yang saya perlu lakukan? Kami tidak mendapat apa-apa maklumat,” kata isteri kepada salah seorang penumpang yang hanya mahu dikenali sebagai Wen.

Perasaan teramat sedih turut dinyatakan seorang ibu, di mana anaknya, seorang pelajar berusia 22 tahun merupakan salah seorang penumpang MH370.

“Saya tidak boleh menerima kenyataan ini. Saya hanya mampu berdoa supaya dia selamat. Saya tahu semua orang sedang bersedih.

“Saya tidak tahu apa lagi yang hendak dilakukan. Saya tidak tahu hendak buat apa lagi,” katanya.

Ketika keluarga penumpang diselubungi kesedihan, pasukan mencari dan menyelamat antarabangsa pula terus gigih berusaha gigih menjejaki MH370.

Ini termasuk pasukan tentera Indonesia yang menjalankan operasi dengan lebih intensif.

Indonesia merupakan salah satu negara terawal menyertai operasi SAR bagi mencari MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu.

India, Jepun dan Brunei pula merupakan negara terbaru menyertai operasi sejak semalam selepas usaha mengesan MH370 menemui jalan buntu. – ABNXCESS.COM

0 comments:

Post a Comment