Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, March 29, 2014

No Comment

SEJAK kehilangan pesawat MH370 dilaporkan pada 8 Mac lalu, media barat antara yang berlumba-lumba menyiarkan pelbagai laporan berkaitan dengan insiden itu.

Malangnya, kebanyakan laporan mereka cenderung untuk memberikan imej buruk bukan sahaja terhadap negara kita, malah mengaitkannya dengan agama Islam yang disifatkan mereka sebagai pengganas.

Cable News Network (CNN) adalah antara saluran yang begitu ghairah memainkan pelbagai isu termasuklah kemarahan keluarga penumpang China dengan menekankan Malaysia sebagai negara ‘pembohong’ dan tidak telus dalam menyampaikan maklumat.



Sikap berat sebelah media barat itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat di negara ini termasuklah Presiden Pusat Kesedaran Politik Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan yang menulis luahannya menerusi portal Mole.my.


Katanya:

“Semasa krisis MH370, semua orang dahagakan maklumat. Bagaimanapun, berita CNN menyampaikan maklumat yang berat sebelah mengenai MH370 secara berterusan atas nama ‘laporan berita’. Bukan sahaja ia memburukkan lagi masalah yang sedia ada, tetapi ia juga menyebabkan orang ramai ‘menentang’ Malaysia yang pada masa ini sedang berusaha melakukan yang terbaik untuk mengesan pesawat itu dengan kerjasama 26 negara lain.

“Jelas sekali, CNN mempunyai agenda tersembunyi dengan mencemuh Malaysia menerusi artikel dan rencana yang berat sebelah.”

Menurut Huan lagi, dalam dunia CNN, misi mereka dalam mengejar rating telah mengenepikan laporan berdasarkan fakta.

Lebih melucukan, penyampai berita saluran itu hanya menggunakan pesawat mainan untuk menggambarkan bahagian tertentu pada pesawat sambil mengeluarkan teori-teori mereka.


Itu belum lagi ditambah dengan penerangan menerusi gambaran grafik ‘murah’ bagi merendah-rendahkan lagi Malaysia di mata dunia.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, rating CNN telah menurun berbanding Fox News sehinggalah berlakunya kejadian MH370. Jelas sekali dunia sangat berminat dengan misteri ini. CNN melihat berita kehilangan pesawat ini sebagai ‘lombong emas’ sekaligus memanipulasikannya ke tahap maksimum.

“Secara mudahnya, motivasi CNN ialah tentang keuntungan menerusi rating yang tinggi. Namun, siapa yang terpaksa ‘membayar harga’ atas laporan yang tidak berasas dan tidak bertanggungjawab mereka?

“Sudah tentu Malaysia! Simpatilah sikit! Fikirlah apa yang dilalui oleh semua orang,” kata Huan.

Beliau pada masa yang sama turut membidas wartawan penyiaran yang tidak bersungguh-sungguh melakukan penyelidikan sehingga merujuk Kuala Lumpur sebagai salah satu bahagian di Indonesia.


“Baru-baru ini, CNN menemubual Anwar Ibrahim bagi mengetahui pandangannya mengenai MH370. Walhal, mereka sebenarnya boleh menemubual Perdana Menteri atau Pemangku Menteri Pengangkutan yang boleh memberikan jawapan yang lebih jelas mengenai perkara itu!


“CNN jelas tidak mempunyai akar berita lagi. Keutamaannya lebih kepada rating dan keuntungan serta menyokong apa sahaja agenda politik tersembunyi, sekaligus membutakan penerbitnya daripada mematuhi prinsip-prinsip kewartawanan dan tanggungjawab asas dalam melaporkan kebenaran dan tanggungjawab.

“Jangan pilih Malaysia walau apa pun motif anda! Jika mahu menulis mengenai negara ini, lakukannya dengan betul!” tegas Huan.

Pada masa yang sama, tulisan Huan ini sebenarnya perlu difikirkan juga oleh segelintir rakyat Malaysia yang kerap berkongsi artikel CNN atau media barat yang lain di laman sosial mereka.

Sebaiknya, jangan membuta-tuli menyebarkan maklumat yang dirasakan sensasi kerana ia secara tidak langsung menambahkan lagi ‘kepedihan’ dan tekanan yang dialami oleh ahli keluarga penumpang MH370.

Oleh: Elza / SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment