Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, March 8, 2014

No Comment

Perdana Menteri memaklumkan bahawa operasi mencari pesawat MH370 masih berterusan hingga ke saat ini.

Kenyataan tersebut yang diberikan ketika sidang media sebentar tadi di Hotel Sama-Sama, KLIA sekaligus menolak spekulasi yang mendakwa pesawat MH370 terhempas di Laut China Selatan sebagaimana dilaporkan media Vietnam dan China.

” Peringkat pertama operasi yang memberi tumpuan kepada kawasan di mana signal terakhir pesawat tersebut diterima telah dilakukan namun masih tak dapat mengesan apa-apa. Jadi kita akan memperluaskan kawasan carian,” ujarnya.

Setelah berbincang dengan Menteri Pertahanan yang juga Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Hishamuddin Tun Hussein Onn dan ketua-ketua agensi kerajaan, Najib menyatakan selain kawasan carian yang diperluaskan, bilangan aset yang dikerah untuk membantu juga ditambah.

Justeru, bilangan pesawat terlibat kini adalah 15 buah antaranya empat pesawat C130, sebuah CN235, empat EC725, satu pesawat Beachcraft, sebuah King AOR selain aset-aset TUDM lain iaitu dua Bombardier dan dua helikopter Augusta.

” Belum ada bangkai (pesawat) ditemui setakat ini. Operasi diteruskan.

” Ia (lokasi) dekat sempadan (Vietnam). Terdapat kemungkinan ia terlepas masuk ke dalam perairan Vietnam. Jadi, kita perlu dapat kerjasama Vietnam dahulu. Ia merupakan satu kawasan yang luas,” katanya.

Mengenai andaian pesawat dirampas, Najib menjelaskan ia cuma spekulasi sehingga kini – Rem Ramz

0 comments:

Post a Comment