Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 24, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Kargo yang dibawa pesawat MH370 adalah tidak berbahaya dan dibawa mengikut peraturan yang ditetapkan badan selia penerbangan antarabangsa, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya.

Sehubungan itu, katanya, terpulang kepada pasukan penyiasat untuk memutuskan sama ada memenuhi permintaan pihak berkuasa Australia untuk mendapatkan senarai itu.

“Berhubung senarai kargo itu, Australia perlu memintanya daripada pasukan penyiasat,” katanya pada sidang media harian MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi.

Ahmad Jauhari turut menjelaskan bahawa pesawat MH066 dari Kuala Lumpur ke Incheon, Seoul, dilencongkan ke Hong Kong malam tadi sebagai langkah berjaga-jaga berikutan generator pesawat tidak berfungsi.

“Ia dilencongkan ke Hong Kong bukan kerana isu keselamatan tetapi teknikal,” katanya.

Ahmad Jauhari juga menegaskan laporan media asing berhubung insiden membabitkan pesawat MAS di Kathmandu adalah tidak benar.

“Hanya lampu pesawat yang pecah apabila dilanggar sekumpulan burung dan juruterbang segera melaporkan kepada menara kawalan,” katanya. – BH Online

0 comments:

Post a Comment