Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 13, 2014

No Comment

WASHINGTON – Satelit perisikan Amerika Syarikat tidak mengesan sebarang tanda letupan di udara apabila pesawat Malaysia Airline (MAS) terputus hubungan dengan pengawal trafik udara, kata pegawai AS.

Menurut seorang pegawai AS, kerajaan sebelum ini menggunakan jaringan satelit untuk mengenalpasti kesan haba pesawat yang meletup tetapi dalam kes kali ini tiada apa-apa pun yang dikesan.

NBC News sebelum ini ada melaporkan mengenai perkara itu.

Ketiadaan bukti berlakunya letupan di udara menambahkan lagi misteri berhubung nasib pesawat MH370 yang hilang pada 1.30 pagi selepas berlepas dari Kuala Lumpur.

Disebabkan tiada kawasan khusus yang dikenal pasti satelit, kapal tentera laut AS yang menyertai usaha mencari di Laut China Selatan tidak dihantar ke lokasi khusus untuk mencari serpihan.

“Jika mereka mengesan sesuatu (dengan satelit) sudah tentu kapal kami akan di hantar ke situ,” katanya. – AFP

0 comments:

Post a Comment