Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, March 14, 2014

No Comment

BENAR kata orang, kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga.

Dek kerana isu ‘Raja Bomoh’ yang kononnya membantu mengesan pesawat MH370, tercalar nama Islam hingga ke negara luar termasuklah di sebuah universiti di Beijing, China.

Bagi yang tidak memahami, mungkin mereka akan  mengatakan bahawa ritual pelik yang dilakukan oleh bomoh dan pengikutnya itu merupakan salah satu daripada amalan agama Islam walaupun sebenarnya tidak.


Ini merupakan luahan salah seorang pelajar Malaysia, Shallaa Shamimi yang menuntut di sana:

“Dekat Beijing, kami berusaha jaga nama agama dengan negara .
Macam mana setiap kali kami solat di bawah pokok, dikatakan sembah pokok .
Solat di airport, dikatakan upacara nak naik flight .
Solat di tepi kedai , dikatakan sembah kedai .
Sebab mereka tak faham apa yang kita sembah then conclusion terus padu kepada sembah benda yang bukan bukan .
Dan haruslah pengalaman kena halau, solat merata-rata tu kami dah biasa since duduk negara yang bukan Islam .

But then , bila video bomoh tu mula dipasang di kelas one of my friend which have people from many country , macam mana kami nak jelaskan benda tu ? 
Macam mana kami nak cakap bila diorang tanya benda ape ni ? 
Macam mana nak tahan malunya muka bila tengok diorang gelak ? macam mana nilai Islam yang kami tunjuk selama ni diorang akan faham ? 
Macam mana kami nak jelaskan dengan perbezaan bahasa which kitorang pon still belajar lagi?”

Diharap selepas ini, tiada lagi pihak yang cuba melakukan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan akidah sehingga memalukan nama Islam.

Rasanya buat masa ini, tak perlulah ghairah membuat parodi meniru gaya ‘Raja Bomoh’ tersebut.

Bukan sahaja tak ada faedah, tetapi buat tambah malu saja.

0 comments:

Post a Comment