Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 24, 2014

No Comment

Beberapa saat setelah Google mengumumkan platform baru yang mendukung peranti mudah dipakai, Motorola secara rasmi memperkenalkan sebuah jam pintar pertama menggunakan platform tersebut.

Jam pintar pertama dari Motorola yang dibangunkan dengan platform Android Wear tersebut diberi nama Moto 360.


Android Wear ialah sistem operasi baru yang dicipta oleh Google untuk digunakan pada perantai Wearables. Ia diperkenalkan semalam dan antara jam pintar pertama akan menggunakan sistem operasi baru ini ialah Moto 360.

Anda boleh mengawal Moto 360 dengan hanya menggunakan suara kerana ia dilengkapi sistem pengenalan suara aktif ‘Google Now’ sama seperti pada Motorola Moto X.

Reka bentuk elegan membuatkannya nampak sangat cantik selain mengekalkan estetik jam tangan tradisional berbeza dengan jam pintar lain yang mempunya reka bentuk sama dan bersudut seperti Qualcomm Toq, Sony Smartwatch atau Samsung Galaxy Gear.

Jam tangan Moto 360 akan mula dijual pada musim panas ini.

Sumber:  Motorola Blog, Moto 360

0 comments:

Post a Comment