SHAH ALAM – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Khamis merasmikan kejohanan golf sulung Piala EurAsia yang akan berlangsung selama tiga hari di Glenmarie Golf and Country Club di sini.
Piala EurAsia yang diiktiraf European Tour and Asian Tour, anjuran DRB-HICOM, akan mempertemukan 10 pemain golf terbaik Eropah bersaing dengan pasukan 10 pemain dari Asia.
Professional Golf of Malaysia (PGM) merupakan penyelaras tempatan bagi acara ulung yang dinanti-nantikan ini yang diadakan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.
Najib dalam perutusan alu-aluannya pada buku program rasmi Piala EurAsia berkata kerajaan menyokong sepenuhnya penganjuran kejohanan berprestij ini dan Malaysia sebagai tuan rumah.
Ini kerana manfaat yang akan diperoleh melalui kejohanan ini bukan hanya bagi industri golf tetapi juga dalam meningkatkan profil Malaysia di pentas dunia. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment