Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 17, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan hormat lima duta besar dan dua pesuruhjaya tinggi Malaysia ke luar negara yang baru dilantik.

Pertemuan itu berlangsung di pejabat perdana menteri di bangunan Parlimen di sini.

Lima duta besar berkenaan ialah Mohamad Sadik Kethergany yang ditugaskan di Hungary, Norman Muhammad (Turkmenistan), Mohd Tarid Sufian (Algeria), Raja Nurshirwan Zainal Abidin (Iran) dan Zakri Jaafar (Jordan).

Dua pesuruhjaya tinggi itu ialah Mat Dris Yaacob (Afrika Selatan) dan Cheong Loon Lai (Ghana).

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada mereka di Istana Negara bulan lepas. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment