Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 17, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan seramai 29 pengunjung Festival Muzik Asia (FMFA) 2014 ditahan atas kesalahan penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Cheras, Mohan Singh Tara Singh berkata, kesemua yang ditahan itu melibatkan 14 warga Malaysia dan 15 warga asing.

“Setelah siasatan dijalankan seorang telah dituduh, seorang lagi dibebaskan, 10 diberi jaminan polis dan 17 lagi masih direman.

“Tiga daripada mereka direman dari 14 hingga 27 Mac 2014, tiga direman dari 15 hingga 17 Mac 2014 dan lagi direman dari 15 hingga 28 Mac 2014,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohan Singh dalam pada itu memaklumkan, jumlah yang meninggal dunia akibat kejadian tersebut kekal seramai enam orang.

Beliau turut memaklumkan dua warga Singapura dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) serta seorang warga Taiwan dibenarkan keluar dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Menurutnya, seramai dua lagi mangsa masih dirawat di di HKL, seorang di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan sembilan di PPUM.

Katanya, mangsa yang menerima rawatan adalah lapan warga Singapura dan warga Malaysia, Myammar, Iran serta Filipina masing-masing seorang.

“Kesemua mangsa yang dirawat kini berada dalam keadaan stabil,” jelasnya.

Beliau berkata, polis Cheras melakukan kawalan di sekitar lokasi festival untuk memaklumkan kepada pengunjung berhubung pembatalan acara itu.

0 comments:

Post a Comment