Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 23, 2014

No Comment

Dalam kalangan ahli sukan Malaysia, Datuk Nicol Ann David boleh dikatakan antara pemain yang paling konsisten mempertahankan gelaran juara malah beliau merupakan wanita Asia pertama menduduki tangga nombor satu dalam sukan skuasy wanita.

Antara bukti kecemerlangan Nicol adalah memenangi Kejohanan Skuasy Junior Sedunia sebanyak dua kali, Kejohanan Skuasy Asia (tujuh kali), Terbuka Hong Kong (lima kali), Terbuka British (tiga kali) dan Terbuka Dunia (lima kali).

Mengharumkan nama negara sebagai pemegang takhta pemain skuasy wanita nombor satu dunia, bukan sahaja peminat sukan malah Nicol sendiri nyata terkesan dengan kekalahannya secara mengejut di tangan pemain bukan pilihan dari Mesir, Nour El Sherbini di peringkat separuh akhir Kejohanan Skuasy Wanita Dunia CIMB ke-29 di Arena SPICE, Pulau Pinang semalam.

Mengakui dirinya tidak konsisten ketika bertarung kerana hilang fokus, Nicol memuji pukulan tepat yang dilakukan Nour ketika perlawanan berlangsung.

Nicol pada mulanya memenangi set pertama 11-4 namun tewas di set kedua, ketiga dan set penentuan, 11-9.

Walaupun Nicol begitu gagah memberikan komen berkaitan kekalahannya, kesedihan tidak mampu disembunyikan apabila dia kelihatan terduduk menangis selepas perlawanan berakhir.

Bapa Nicol, Desmond David bagaimanapun dilihat memujuk anaknya.

Biasalah, kalah menang adat pertandingan. Rakyat Malaysia tetap berbangga dengan pencapaian Nicol selama ini dan percaya, kekalahan semalam hanya titik hitam kecil dalam kerjaya Nicol yang akan terus cemerlang selepas ini. – REM RAMZI 

0 comments:

Post a Comment