Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, March 8, 2014

No Comment

SISTEM aplikasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang sedang ditambah baik akan tetap dilaksana pada akhir bulan ini, kata Timbalan Menteri Pendidikan Kedua P Kamalanathan.

Beliau berkata penangguhan sementara pelaksanaan PBS untuk dikaji semula adalah berikutan pelbagai aduan berkaitan kaedah dan masalah sistem pengkomputeran diterima daripada golongan guru.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini berkata PBS terpaksa ditangguh sehingga April ini kerana Kementerian Pendidikan perlu mengkaji semula pelaksanaannya berikutan pelbagai masalah untuk merekod butiran pelajar dalam pangkalan data sistem berkenaan.

Kamalanathan berkata PBS yang ditambah baik lebih mesra guru, kurang maklumat yang perlu dimasukkan selain sistem pengkomputeran dipertingkat bagi membolehkan akses selepas ini lebih cepat dan pantas.

“Kementerian sedar semua masalah itu kerana ‘hotline’ dan ‘war room’ kita di Putrajaya menerima lebih 10,000 maklumat daripada golongan guru di seluruh negara yang membantu menambah baik PBS,” katanya.

Kamalanathan berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2012-2015 serta berdialog dengan staf dan pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di kampus tetap universiti itu di Pauh Putra hari ini.

Mengulas Pelan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Kamalanathan berkata beliau akan menjelajah semua universiti awam dan swasta tempatan bagi menerangkan hasrat kerajaan dan hala tuju pendidikan negara.

Beliau berkata pelan itu sukar mencapai kejayaan jika mahasiswa tidak memahami inti patinya dan hasrat kerajaan Barisan Nasional dalam memajukan pendidikan negara ke arah mencapai kelas dunia.

0 comments:

Post a Comment