Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, March 8, 2014

No Comment

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn mengesahkan khabar bahawa pesawat MH370 selamat mendarat di Nanming, China adalah TIDAK BENAR, begitu juga berita bahawa pesawat MH370 telah terhempas di Selatan sebuah pulau di Vietnam.

Perkara ini dimaklumkan oleh Wisma Putera dan DCA.

Begitu pun, Hishamuddin menyatakan pihak kerajaan masih dalam proses mendapatkan pengesahan lanjut daripada tentera kita di Vietnam yang sedang menghubungi tentera laut negara berkenaan.

“Negara yang kita hubungi termasuk China, Filipina dan Vietnam setakat ini tiada sebarang maklumat yang boleh mengesahkan lokasi sebenar pesawat,” ujar Hishamuddin.

Mengenai keluarga penumpang pesawat yang sebilangannya kini berada di KLIA bagi mengetahui perkembangan, Hishamuddin memberi jaminan segala keperluan mereka akan diuruskan oleh pihak MAS.

“Pihak MAS telah menghubungi 80 peratus daripada keluarga mangsa. Segala keperluan mereka akan disediakan,” katanya.

Pada masa sama, Hishamuddin meminta agar segala spekulasi yang boleh memburukkan keadaan dihentikan memandangkan segala saluran bagi mengetahui situasi terkini termasuk pusat koordinasi gerakan telah diwujudkan di KLIA.

Sidang media juga akan diadakan setiap dua jam untuk memaklumkan situasi terkini yang sahih dan telah disahkan. – REM RAMZI

0 comments:

Post a Comment