Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, March 8, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Dua lelaki yang dipercayai anggota sindiket curi kenderaan cedera ditembak selepas mereka cuba melanggar dan menyerang anggota polis dalam satu operasi di Subang Jaya, Selangor malam tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata dalam kejadian 8.40 malam itu, kedua-dua suspek bukan sahaja melanggar kenderaan polis tetapi juga cuba menyerang anggota menggunakan parang ketika diminta menyerah diri.

Mengulas kejadian kepada media di sini hari ini, beliau berkata polis mengesan sebuah kereta jenis Honda Civic yang diletak di tepi jalan di PJS 7/13 yang sebelum ini dilapor hilang di USJ 8.

Susulan itu polis membuat intipan bermula 2.30 petang dan kira-kira 8.30 malam dua lelaki yang menaiki kereta jenis Toyota Vios menghampiri kenderaan tersebut lalu polis memperkenalkan diri serta meminta suspek menyerah diri, katanya.

Bagaimanapun menurut Yahaya, suspek bertindak melanggar bahagian hadapan kereta polis dan cuba melarikan diri namun kenderaan yang dinaiki suspek dihalang oleh sebuah lagi kereta polis.

Kedua-duanya cuba melarikan diri dengan seorang daripada mereka yang memegang parang cuba menyerang polis menyebabkan anggota pasukan keselamatan terpaksa melepaskan tembakan, katanya.

Menurut Yahaya tembakan itu mengenai bahagian kaki suspek yang memandu kereta Toyota Vios tersebut manakala penumpangnya cedera di bahagian leher.

Siasatan mendapati kereta Toyota Vios itu juga disamun di Sea Park, Petaling Jaya semalam, katanya menambah seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah bersabit kes samun.

“Kita masih mengesan saki-baki kumpulan ini yang dipercayai dianggotai sekurang-kurangnya empat orang,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh, katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment