Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 24, 2014

No Comment

Powerbank kini menjadi aksesori penting pengguna peranti pintar kerana bateri yang sedia ada tidak mampu untuk bertahan sepanjang hari.

Kebiasaanya, powerbank yang sedia ada di pasaran mementingkan saiz yang kecil dan padat dengan kuasa caj.

Tetapi lain punya cerita mengenai peranti bateri gantian ini. COI + Lego Power Brick tidak menitik beratkan saiz yang kecil tetapi menetapkan ruang untuk ciptaan lego di atasnya.


COI+ Lego Power Brick mungkin di antara powerbank yang paling menarik kerana ianya merupakan kolaborasi dengan syarikat Lego.

Ia mempunyai kapasiti kuasa sebanyak 4200 mAh dan turut disertakan beberapa keping Lego yang membolehkan anda mengubahnya menjadi sebuah ciptaan mainan mengikut kreativiti sendiri.

Anda boleh mengecas telefon pintar atau tablet anda di pot USB yang disediakan di sebelah peranti supaya ia tidak menganggu ruang dekorasi anda.

Di bahagian belakang pula terdapat lampu penunjuk jangka tahap caj.

Powerbank yang menarik ini dijual pada harga USD 49 (RM 160) sebuah.


Sumber: Brando

0 comments:

Post a Comment