Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 23, 2014

No Comment

KAJANG – Polis membuka dua kertas siasatan dan menahan seorang lelaki berkaitan dua insiden yang berlaku ketika proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata lelaki itu ditahan kerana cuba menghalang polis daripada merobohkan barong panas di persimpangan Jalan Taman Delima di sini.

Lelaki berumur 43 tahun itu dikatakan memarahi anggota polis dengan kata-kata lucah dan menghalang polis menurunkan khemah di lokasi berkenaan seperti yang diminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas,” katanya pada sidang media di sini.

Selain itu, Mohd Shukri berkata polis juga membuka satu kertas siasatan berkaitan dakwaan seorang lelaki berusia 27 tahun dipukul dan dicederakan sekumpulan lelaki tidak dikenali di Sekolah Kebangsaan Kajang pada 3 petang.

Sementara itu, beliau berkata proses pengundian hari ini secara keseluruhannya berlangsung dengan aman dan terkawal walaupun terdapat beberapa insiden salah faham dan provokasi antara penyokong parti-parti politik.

“Namun, polis berjaya meleraikan mereka dan meredakan keadaan,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment