Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 23, 2014

No Comment

AMSTERDAM – Kerajaan Malaysia konsisten dalam pendiriannya berhubung isu senjata dan bahan nuklear, kata Duta Besar Malaysia ke Belanda Datuk Dr Fauziah Mohd Taib.

Katanya walaupun bukan kuasa nuklear dan tidak mempunyai keupayaan nuklear, Malaysia berpandangan amat penting baginya menyertai Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear (NSS) 2014 yang akan berlangsung selama dua hari di The Hague, bermula Isnin.

“Siapa tahu mungkin suatu hari nanti kita perlu menggunakan bahan nuklear, maka bolehlah kita belajar bagaimana mereka membangunkan fasiliti nuklear yang selamat,” katanya kepada wakil media dari Malaysia, di sini pada Ahad.

Beliau berkata antara negara yang mempunyai keupayaan nuklear tahap tertinggi di dunia termasuk Amerika Syarikat (AS), Perancis, Jepun, Rusia, Korea Selatan, Ukraine, China dan Korea Utara.

Dari segi senjata nuklear pula, ada lima negara utama iaitu AS, Rusia, United Kingdom, Perancis dan China.

“Kita pula masih jauh dari segi memiliki keupayaan dan senjata nuklear,” katanya.

Mengenai NSS, beliau berkata sidang kemuncak itu yang merupakan inisiatif Presiden AS Barack Obama, pada asasnya bertujuan mencegah keganasan nuklear di seluruh dunia.

“Beliau bimbang bahan nuklear akan diseludup keluar kepada pihak tertentu, kepada pengganas,” kata Fauziah.

Beliau berkata objektif utama sidang kemuncak itu sepatutnya menghapuskan semua senjata nuklear di dunia ini. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment