Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 23, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Pemandu Mercedes AMG Petronas, Nico Rosberg melahirkan keyakinan untuk memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia pada 30 Mac ini selepas melakar kemenangan selesa pada perlumbaan pembukaan musim pada Grand Prix Australia, Ahad lepas.

Rosberg berkata beliau amat yakin dengan engin baharu serta permulaan musim F1 yang hebat.

“Sudah pasti, saya mempunyai musim yang lebih baik berbanding tahun lepas.
Bagaimanapun, setakat ini belum lagi dapat menilai musim ini…hanya perlu tunggu dan lihat siapa pencabar saya.

“Mereka (lawannya) tidak akan berdiam sahaja dan akan memberi tentangan sengit. Tetapi bagi diri saya, musim ini akan menjadi lebih baik berbanding musim lepas,” katanya.

Pemandu Jerman itu berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai program Petronas Motorsport Demo Run di sekitar Suria KLCC di sini hari ini.

Beliau berkata Petronas telah memainkan peranan besar dalam kejayaan pasukan itu dengan minyaknya adalah khusus untuk engin baharu pasukan itu.

“Mereka (Petronas) telah melakukan kerja yang hebat untuk jentera kami,” katanya.

Perlumbaan F1 Grand Prix Malaysia akan bermula di Litar Antarabangsa Sepang dari 28 hingga 30 Mac ini. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment