Agensi berita Reuters melaporkan bahawa pasukan polis telah melakukan siasatan dengan memeriksa rumah Kapten MH370, Zaharie Ahmad Shah hari ini.
Media itu berkata, polis tiba selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa fokus siasatan juga kini bertumpu kepada penumpang dan anak kapal berkenaan yang disahkan telah dirampas oleh pihak tertentu.
Media itu bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut apa yang dicari atau ditemui pihak berkuasa.
Reuters memetik kenyataan seorang pegawai kanan polis yang tidak dinamakan.
Kapten Zahari yang memiliki lebih 18,000 jam penerbangan menarik minat penyiasat apabila diketahui turut membina simulator sendiri di rumah
0 comments:
Post a Comment