Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 6, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Radio Televisyen Malaysia (RTM) memperoleh hak siaran eksklusif Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia FIFA 2014, yang akan berlangsung di Brazil mulai 12 Jun hingga 13 Julai ini.

Ketua Pengarah Penyiaran RTM Datuk Norhyati Mohd Ismail berkata RTM telah menjadi penyiar utama bagi kejohanan empat tahun sekali itu sejak 1974.

Beliau berkata RTM akan menyiarkan sebanyak 35 perlawanan meliputi 24 siaran langsung dan 11 siaran tertunda dengan siaran berdefinisi tinggi (HD).

“Siaran melibatkan negara yang diminati rakyat Malaysia antaranya Brazil, England, Argentina, Sepanyol, Perancis, Portugal, Itali, Argentina, Korea dan Jepun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran awal ‘Detik Kira 100 hari Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia FIFA 2014′ oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Abdul Rahim Mohd Radzi dan Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Yong Soo Heong.

Sementara itu, Ahmad Shabery berkata penyiaran itu dibuat bagi memenuhi permintaan rakyat yang meminati kejohanan itu tetapi tidak mampu memiliki siaran televisyen berbayar.

Menurutnya lebih tiga juta rakyat daripada 6.4 juta isi rumah masih bergantung kepada penyiaran tidak berbayar yang disediakan kerajaan.

Ahmad Shabery juga berkata sebahagian besar daripada dana bagi pembelian siaran eksklusif itu diperoleh daripada penajaan syarikat swasta.

“RTM berusaha mencari dana. Kita tidak minta dana tambahan daripada Perbendaharaan negara, ia tidak adil jika kita terpaksa minta duit rakyat.

“Kita mohon syarikat menaja dan sebagai balasan mereka mendapat hak iklan ketika siaran kejohanan itu,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment