Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 6, 2014

No Comment

AGENSI Alam Sekitar Kebangsaan Singapura (NEA) menjangkakan terdapat kemungkinan negara pulau itu diselubungi jerebu ekoran beberapa titik panas di Sumatera terus kelihatan.

Keadaan berjerebu itu dijangka berlaku pada separuh kedua bulan ini ekoran beberapa keadaan cuaca panas di Indonesia dan negara jiran, Malaysia.

Semalam, enam titik panas dikesan pihak NEA di Semenanjung Malaysia dan 47 lagi dikesan di Sumatera, Indonesia.

Menurut NEA dalam laporan Channel News Asia, biarpun Singapura dijangka menerima hujan lebih banyak pada penghujung bulan ini, taburan hujan untuk bulan ini dijangkakan akan lebih rendah dari jumlah purata di kebanyakan bahagian.

Mereka juga menjangkakan perubahan tiupan angin Monsun dari angin Monsun Timur Laut kepada tempoh angin Monsun berubah-ubah pada separuh kedua bulan ini, tiupan angin di Singapura akan menjadi sedikit rendah dan arahnya akan berbeza-beza.

Tiupan angin monsun ini akan berlanjutan dari hujung Mac sehingga bulan Mei.

Kualiti udara di republik itu antara pukul 8 malam Selasa dan 4 pagi semalam merosot sedikit ke paras sederhana.

Menurut Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada ketika itu adalah antara 51 dan 52.

Bagaimanapun, kualiti udara kembali baik kira-kira sejam kemudian.

Kepulan asap yang kini dilihat semakin buruk sehingga menjadi jerebu yang tebal turut kelihatan di wilayah Riau, Indonesia.

NEA berkata mereka akan terus memantau perkembangan kualiti udara dan akan memberikan perkembangan dari semasa ke semasa kepada orang ramai.

Oleh : IBNU K

0 comments:

Post a Comment