Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 24, 2014

No Comment

- Sebuah kapal Australia sedang berusaha mendapatkan dua objek yang dikesan sebuah kapal laut di Selatan Lautan Hindi. HMAS Success, satu-satunya kapal di kawasan itu mungkin akan dapat membawa balik okjek itu dalam beberapa jam lagi atau paling lewat esok.

- Objek berkenaan, berwarna kelabu/hijau dan berbentuk bulat manaka satu lagi berwarna oren dan segi empat tepat dikesan pesawat mencari China. Perdana Menteri Australia, Tony Abbot telah menghubungi Perdana Menteri Malaysia bagi memberitahu mengenai penemuan itu. Belum dapat disahkan sama ada objek-objek berkenaan berkait dengan MH370.

- Kapal mencari Amerika Syarikat gagal mengesan serpihan yang dilihat oleh sebuah pesawat tentera China. Ia asalnya dikesan pasukan China di kawasan yang luar daripada kawasan penemuan objek oleh Australia minggu lalu. China berkata, objek itu agak mencurigakan dan mungkin tidak ada kena-mengena dengan kapal terbang yang hilang.

- Pesawat mencari juga mengesan dua objek berwarna oren dan putih di kawasan berkenaan. Keduanya masih tidak dapat dikenal pasti dan tidak semestinya berkait dengan MH370. Malaysia mengesahkan kargo MH370 termasuk buah-buahan, 200 kilogram bateri lithium yang ditakrif tidak merbahaya dan pallet kayu.

- Perancis menghantar lebih banyak imej satelit yang dikesannya pada Jumaat lalu kepada Malaysia. Imej objek itu dikesan di bahagian utara daripada kawasan pencarian terkini turut diberikan kepada pihak Australia yang kini mengetuai pencarian di Lautan Hindi.

- Polis Malaysia telah menemuramah lebih 100 orang dalam penyiasatan berhubung kehilangan kapal berkenaan. Antaranya adalah ahli keluarga jututerbang dan pembantu juruterbang.

- Pihak berkuasa Malaysia bercadang untuk menyebarkan kepada umum transkrip komunikasi dengan kapal MH370.

0 comments:

Post a Comment