Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, March 18, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Kualiti udara di seluruh negara pada keseluruhannya adalah baik pagi Selasa kecuali sembilan kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) sembilan kawasan tersebut ialah Banting (92), Putrajaya (90), Miri (67), Balok Baru (57), Sibu (57), Pelabuhan Klang (56), Kangar (55), Sandakan (53) dan Labuan (52).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.my untuk mengetahui bacaan IPU di kawasan masing-masing. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment