Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 17, 2014

No Comment

Pelbagai spekulasi telah ditimbulkan sejak kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu.

Bermacam teori yang diutarakan oleh sebilangan besar pengguna media sosial yang sewenang-wenangnya menyebarkan perkara yang tidak benar di Internet.

Menurut Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, perkara tersebut tidak dapat dihalang, kerana kadang-kala maklumat itu datang dari luar negara, dan kemudiannya disebarkan oleh pengguna media sosial tempatan.

“Dalam zaman sekarang ini, kita tidak membendung segala-galanya. Kita anggap itu sebahagian daripada kebodohan mereka,” katanya memetik laporan Astro Awani.

Dengan kecanggihan teknologi mendapatkan berita secara cepat dan tepat, ada segelintir pihak yang tidak memikirkan sensitiviti ahli keluarga penumpang MH370 dengan menyiarkan cerita yang tidak benar serta sahih kebenarannya.

Bagi penulis, biarlah pihak polis dan pihak yang bertanggungjawab sahaja yang mengeluarkan maklumat rasmi berhubung isu tersebut.

Dan seharusnya, masyarakat Malaysia yang prihatin dengan perkara ini perlu bijak mengenal pasti segala maklumat yang ingin dikongsikan di media-media sosial.

Ambil tahu kebenarannya terlebih dahulu sebelum berkongsi kepada pengikut serta rakan-rakan anda di laman sosial.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment