Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, March 18, 2014

No Comment

Ada pihak mendakwa kehilangan ping atau komunikasi antara MH370 dengan satelit pukul 8.11 pagi, 8 Mac lalu sebagai petanda kepada kemungkinan kapal berkenaan telah terhempas di satu lokasi yang masih belum dapat ditentukan.

Namun, penulis tidak rasa kapal itu terhempas atau dihempaskan dengan sengaja oleh mana-mana pihak.

Kalau MH370 mahu dihempaskan, buat apa pihak yang melarikan kapal itu bersusah payah mematikan segala bentuk komunikasi dengan kapal itu seperti transponder dan ACAR serta komunukasi satelitnya.

Semua itu bukan mudah untuk dilakukan.


Dan untuk apa ambil risiko patah balik ke semenanjung Malaysia dan merentas beberapa negeri sebelum terbang ke arah Lautan Hindi jika matlamat akhir adalah untuk menjunamkan kapal tersebut di lautan semata-mata.

Kalau matlamat mahu menghempas MH370, maka terus jatuhkannya di laluan ia diterbangkan atau bawa terus ke utara China atau mana-mana kawasan tanpa perlu melakukan air turn back atau pusingan di udara.

Pusingan di udara itu memperlihatkan ada destinasi lain yang hendak dikejar kapal berkenaan.

Kalau kita amati, kita akan lihat satu cubaan yang betul-betul profesional dalam tindakan melarikan kapal terbang berkenaan. Ia bukan dibuat oleh amatur atau secara tergesa-gesa.

Punya teliti ia dilaksanakan, sehingga ada pihak di barat yang beranggapan tindakan melarikan MH370 adalah ‘dry run’ atau percubaan awal untuk serangan pengganas di masa hadapan.

“Ia lebih kepada usaha untuk melihat apakah kapal boleh dilarikan dan disorokkan daripada radar,” kata seorang pegawai perisikan seperti yang dilaporkan oleh media Amerika Syarikat (AS).

Penulis yakin, kapal berkenaan masih dalam keadaan elok. Cuma ia telah dibawa turun ke mana-mana pulau yang amat terpencil di koridor selatan pencarian.

Koridor utama tidak mungkin kerana ia melibatkan banyak negara yang mempunyai muka bumi gunung-ganang yang menyebabkan kapal itu perlu terbang memasuki tahap yang boleh dikesan radar.

Kalau ia mendarat di mana-mana bahagian negara di koridor utara, sudah pasti ia dapat dikesan dengan mudah sehingga kini.

Justeru, kemungkinan yang boleh diterima ialah ia telah didaratkan di mana-mana daripada ratusan pulau-pulau kecil yang ada di dalam lingkungan koridor selatan yang melibatkan Lautan Hindi.

Sebahagian pulau-pulau tersebut tidak mempunyai pemilik pun.

Itulah gunanya benda seperti simulator… untuk berlatih mendarat di kawasan yang sukar seperti pesisir pantai pulau.

Justeru, penulis yakin… melihat kepada segala usaha yang dibuat untuk melarikan kapal berkenaan, maka kemungkinan besar ia telah disorokkan di mana-mana lokasi terpencil oleh perampas profesional dan bukannya diterbangkan secara membabi buta dan dihempaskan apabila bahan bakarnya habis.

Bermakna, kita masih memiliki peluang untuk melihat para penumpang 370 kembali dalam keadaan selamat…amin.

0 comments:

Post a Comment