Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, March 8, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Sebanyak tiga badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan Cina menuntut beberapa jaminan daripada kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) jika mahu mendapat sokongan mereka dalam pilihan raya kecil (PRK) dan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Sahabat Rakyat Working Committee, Bahagian Belia Dewan Perhimpunan China Melaka dan Pemuda Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor dalam satu kenyataan bersama berkata, tuntutan itu termasuk memberi jaminan akan menghapuskan penindasan agama dan melaksanakan kesamarataan bangsa.

“Kami menuntut usaha mempertahankan hak kebebasan beragama orang bukan Islam dan menentang undang-undang Islam diguna pakai ke atas orang bukan Islam.

“Ia dengan menyokong pindaan ke atas Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988. Memelihara kepercayaan, agama dan adat resam bangsa minoriti, memastikan penganut semua agama mempunyai hak yang sama untuk menganut dan menyediakan dana untuk membantu mereka mengikut keperluan bagi pengubahsuaian, pengembangan atau memperuntukkan tanah untuk membina tempat ibadat baharu,” kata kenyataan itu hari ini.

Tiga NGO terbabit turut menuntut PKR memberi jaminan akan memansuhkan Dasar Ekonomi Baharu (DEB) dan sistem kuota bumiputera kononnya bagi memajukan negara dan masyarakat jika menang PRK atau PRU14.

Tuntutan mereka seterusnya adalah layanan sama rata untuk pendidikan bahasa ibunda semua bangsa dengan memansuhkan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan menggantikannya dengan satu akta baharu yang terbuka.

Dakwa kenyataan itu, peruntukan secara sistematik perlu diadakan untuk sekolah Cina dan Tamil serta sekolah bangsa minoriti lain seperti Iban, Kadazan-Dusun untuk menghidupkan dan membangunkan sekolah-sekolah terbabit.

“Peruntukkan tanah untuk kesemua 60 sekolah bahasa Cina persendirian supaya sekolah-sekolah ini boleh terus berkembang dengan dana yang dijana daripada tanah yang diperuntukkan itu,” dakwa kenyataan itu lagi.

0 comments:

Post a Comment