Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, March 8, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Dewan Ulama PAS Pusat menyeru umat Islam mendoakan semua penumpang dan krew sebuah pesawat milik Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) yang dilaporkan hilang sewaktu dalam penerbangan ke Beijing, China selamat.

Ketua Penerangannya, Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, ahli keluarga penumpang yang sedang dilanda kebimbangan mengenai kejadian itu juga perlu lebih tabah dan mempebanyakkan doa.

“Sebagai pelanggan tetap pelbagai pesawat kapal terbang dengan kekerapan yang tinggi saban minggu saya benar-benar menjiwai nasib dan keselamatan para penumpangnya,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.

SiakapKeli pagi ini melaporkan MAS memaklumkan sebuah pesawat milik syarikat itu yang dalam penerbangan ke Beijing, China hilang hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada pukul 2.40 pagi ini.

MAS memberitahu, pesawat B77-200 bagi penerbangan MH370 itu membawa seramai 227 penumpang termasuk 2 bayi dan 12 krew penerbangan MAS.

“Penerbangan MH370, yang menggunakan pesawat B777-200, berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi tadi dan dijadualkan mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

“Pesawat itu hilang hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada pukul 2.40 pagi ini,” kata kenyataan itu.

0 comments:

Post a Comment