Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 13, 2014

No Comment

Selasa lalu, sesiapa yang menyaksikan Program 30 Minit Ustaz Don pasti tersentuh hati.

Ketika membuka talian untuk pendengar yang ingin berkongsi bacaan al-Quran, salah seorang pemanggil adalah kanak-kanak berusia 10 tahun dari Ampang bernama Muhammad Lukmanul Hakim.

Adik Luqman yang membaca surah Al-Lumazah boleh dikatakan mempunyai suara dan kepandaian mengaji baik hingga dijemput oleh Ustaz Don untuk datang ke studio keesokan harinya untuk sama-sama mengaji dalam program tersebut secara langsung.

Bagaimanapun sebelum mengakhiri perbualan Adik Luqman tiba-tiba menyatakan sesuatu yang menyentuh hati.

Katanya, “Ustaz doakan arwah mak dan ayah saya.. saya anak yatim.”


Sebaik mendengar permintaan itu, Ustaz Don kelihatan tergamam dan terharu, sebelum kemudiannya mengajak semua penonton program tersebut sama-sama mendoakan ibu bapa Adik Luqman.

Walaupun sudah meninggal dunia, untunglah ibu bapa yang mempunyai anak seperti Adik Luqman.

Hal ini kerana setelah meninggalnya anak Adam terputuslah segala amalan kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan DOA ANAK SOLEH.

- REM RAMZI

0 comments:

Post a Comment