Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, April 11, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Sebanyak 13 buah kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana setakat 6 pagi Jumaat.

Menurut bacaan IPU dikeluarkan oleh portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), 13 kawasan itu ialah Paka (88), Kemaman (59), Balok Baru, Kuantan (78), Nilai (58), Banting (55), Bakar Arang, Sungai Petani (54), Tanah Merah (53), Shah Alam (53), ILP Miri (53), Kangar (52), Petaling Jaya (51), Bukit Rambai (51), dan Batu Muda, Kuala Lumpur (51).

Kawasan-kawasan lain mencatatkan bacaan IPU baik.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment