Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 22, 2014

No Comment

KUANTAN – Catuan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya membabitkan kira-kira 2.2 juta akaun sejak awal Mac lalu, akan ditamatkan minggu depan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat antara kerajaan negeri bersama wakil Jawatankuasa Krisis Bekalan Air dari Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air; Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN); Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), petang kelmarin.

“Petang semalam (kelmarin), saya mempengerusikan majlis bagi menentukan situasi (terkini) keadaan bekalan air di Selangor dan Wilayah Persekutuan. Hasil pertemuan itu, kita menemui beberapa persetujuan antaranya mengisytiharkan status catuan air ini dan tindakan yang sudah diambil oleh kita bagi mengatasinya.

“Kita merasa sudah boleh membuat keputusan mengenai keadaan air untuk (penduduk) Selangor dan Wilayah Persekutuan… ada juga cadangan kerajaan Persekutuan ingin menyalurkan bekalan air mentah tanpa melalui Loji Langat 2, namun kita sudah buat kajian dan mendapati air mentah yang ada di sungai Selangor mencukupi bagi menampung (keperluan) jumlah air untuk kegunaan domestik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Tautan Kasih Menteri Besar Selangor Bersama Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, di sini, malam tadi. – BH Online

0 comments:

Post a Comment