Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, April 14, 2014

No Comment

BUKIT AMAN – Sepasukan polis dari Special Tactical Intelligence Narcotics Group (STING) berjaya memberkas tujuh individu yang juga merupakan anggota sindiket dadah yang aktif di Lembah Klang.

Salah seorang yang ditahan merupakan ketua sindiket atau lebih dikenali dengan gelaran ‘Kingpin’ dari kediamannya di Petaling Jaya.

Enam daripada suspek merupakan warga asing yang memasuki dan tinggal di negara ini menggunakan pas pelajar manakala seorang lagi merupakan wanita tempatan dipercayai teman wanita kepada salah seorang suspek.

Dalam beberapa serbuan serentak yang dijalankan pada 12 April lalu di sekitar Damansara, Petaling Jaya, Sri Petaling, Gombak dan Cyberjaya itu, pihak polis berjaya merampas sejumlah 10.9 kilogram syabu bernilai RM2.2 juta.

Kesemua suspek berumur lingkungan 27 sehingga 39 tahun kini direman bermula semalam untuk disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952. -PDRM



0 comments:

Post a Comment