Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, April 10, 2014

No Comment

PADANG BESAR – Dua kumpulan pecah rumah tumpas dengan tertangkapnya sembilan anggota kumpulan itu termasuk seorang pelajar berumur 14 tahun dan seorang wanita berumur 24 tahun.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supt Che Man Md Dros, berkata kedua-dua kumpulan saling bekerjasama dalam menjalankan aktiviti mereka.

Beliau berkata, satu kumpulan mempunyai anggota berumur antara 14 hingga 17 tahun manakala satu lagi berumur antara 24 hingga 35 tahun.

“Penangkapan mereka setakat ini telah menyelesaikan tujuh kes pecah rumah termasuk tiga kes membabitkan tiga buah tadika di Beseri dekat sini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Che Man berharap dapat menyelesaikan 15 lagi kes pecah rumah yang dilapor di Beseri, Kaki Bukit dan Padang Besar sejak awal tahun ini.

Katanya, penahanan dilakukan dalam operasi khas yang lancarkan bulan lalu dengan suspek pertama ditahan pada 2 April dan yang terakhir seorang wanita semalam.

Beliau berkata, polis menemui semula barang-barang yang dicuri bernilai lebih RM15,000 antaranya komputer riba, kamera, generator dan peralatan eletrik.

Polis juga sedang mencari Yusri Jusoh, 24, yang dikenali sebagai ‘E Dokong’ beralamat terakhir Batu 8, Jalan Kaki Bukit, Kampung Padang Malau, Beseri, bagi membantu siasatan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment