Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, April 10, 2014

No Comment

MENERUSI akaun Facebook ‘The Real Singapore’, seorang wanita Melayu, Nurul telah meluahkan kekecewaannya selepas lebih setahun menganggur akibat sikap sesetengah majikan di Singapura yang memilih pekerja berdasarkan bangsa.


Menerusi ‘screenshot’ yang disertakannya, dia menunjukkan contoh syarat pekerjaan di sebuah pasaraya yang hanya menghendaki wanita berbangsa Cina sahaja untuk bekerja di situ.


Luahan Nurul itu disokong oleh beberapa pembaca yang turut mempersoalkan betapa mudahnya pendatang warga China mendapat pekerjaan di negara itu berbanding rakyat sendiri.

Jini J Sarojini berkata:

“Kalau pendatang China yang tidak tahu berbahasa Inggeris diambil bekerja sebagai pemandu bas dan pelayan di kedai makan, kenapa rakyat Melayu dan India tempatan tidak diberi peluang yang sama?”

Manjer Izura pula berkata:

“Saya pernah bercakap dengan mereka (majikan) dalam bahasa Mandarin kerana ia merupakan salah satu syarat yang mereka mahu. Akhirnya, mereka berkata yang mereka mahukan pekerja Cina, bukan Melayu.”

Berikut antara komen lain yang diterima:






Kalau benar ia menjadi amalan para majikan di sana, memang beruntunglah pendatang China berbanding rakyat tempatan Singapura sendiri…

Oleh: Elza / SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment