Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 22, 2014

No Comment

BANGKOK – Ahli keluarga Shinawatra bersedia untuk berundur dari politik jika semua pihak terbabit mengembalikan keamanan ke negara, kata laporan yang disiarkan beberapa media berita di internet yang memetik sumber rapat dengan bekas perdana menteri, Thaksin Shinawatra.

Sumber berkenaan dilaporkan menyebut Thaksin berada di Beijing, China ketika pesta air Festival Songkran.

Sebilangan bekas ahli parlimen Parti Pheu Thai, bekas menteri Kabinet serta rakan rapat beliau turut ke Beijing melawat beliau dan membincangkan keadaan politik Thailand, kata sumber yang sama.

Thaksin turut melahirkan kebimbangan mengenai perkembangan terkini politik di tanah air.

Beliau yang menjangkakan keadaan bertukar menjadi ganas turut menghantar mesej kepada penyokong baju merah supaya mengelak sebarang bentuk konfrontasi dengan lawan mereka.

Bagaimanapun, Thaksin dilaporkan berkata bahawa penyokong baju merah boleh melakukan demonstrasi untuk menunjukkan kekuatan mereka kerana rakyat tidak akan menerima pemerintahan oleh pertubuhan bebas dalam kes membabitkan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra jika keputusan sudah ditetapkan.

Menurut sumber, Thaksin percaya tiada peluang untuk satu rampasan kuasa selepas Mahkamah Persekutuan menetapkan perintahnya terhadap kes membabitkan perdana menteri sementara itu dan Kabinet.

Rampasan kuasa tidak akan diketuai ketua tentera, Jeneral Prayuth Chan-ocha tetapi oleh pihak lain yang cuba mendapat pengaruh dari Burapa Payak, kata Thaksin.

Bekas perdana menteri itu juga turut meluahkan rasa simpati beliau terhadap adiknya, Yingluck kerana terpaksa berhadapan dengan semua tekanan terbabit.

“Jika semua pihak mahu mengembalikan keamanan negara, ahli keluarga Shinawatra bersedia untuk berhenti dari politik. Jika keadaan membenarkan untuk berterusan seperti sekarang, ia mungkin akan bertukar menjadi ganas,” kata Thaksin yang disampaikan oleh sekutu rapatnya ketika melawat beliau di Beijing. – Agensi

0 comments:

Post a Comment